top of page

Proses penamaan calon KEADILAN berjalan baik - Rafizi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 5, 2022
  • 2 min read


Proses penamaan calon bagi KEADILAN di seluruh negara untuk kerusi parlimen dan DUN berjalan lancar hari ini.


Pengarah Pilihanraya KEADILAN, Rafizi Ramli berkata meskipun beliau belum meneliti maklumat penuh namun tidak ada isu besar yang berlaku sepanjang proses penamaan calon.


"Setakat ini saya tidak mendapat apa apa berita mengejutkan, semua berjalan baik.


"Proses berjalan dengan baik dan itu akan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap proses politik di negara kita," katanya dalam sidang media di Pandan, sebentar tadi.


Beliau berharap pilihan raya kali ini akan memberi pengalaman kepada anak muda yang menyertainya buat kali pertama untuk mengundi dan memilih kerajaan yang mereka rasa layak memerintah.


"Fokus pilihan raya kita tentunya nak raikan demokrasi. Ini PRU anak muda (Undi 18) akan mengundi kali pertama dalam sejarah negara. PRU 15 sangat penting dan ada signifikan tersendiri.


"Itu akan memberi kenangan manis kepada pengundi muda.


"Sasaran kempen pula, tumpuan kita ialah soal menyelesaikan masalah rakyat. Apabila kita menimbulkan soal gaji, perumahan, kos sara hidup, pengurusan kewangan, itu akan yakinkan golongan muda supaya tidak berputus asa dalam proses demokrasi," katanya.


Ditanya mengenai strategi utama kempen, Timbalan Presiden KEADILAN itu berkata isu utama rakyat Malaysia ialah ketidakupayaan kerajaan yang ada menyelesaikan masalah.


Hal itu akan dijadikan motivasi untuk rakyat menukar kerajaan.


"Pengundi kita memahami punca kegagalan memperbaiki keadaan seharian mereka ialah, yang pertama soal rasuah dan penyelewengan serta ketidakcekapan pentadbiran. Kerajaan seolah olah tak ada idea apa nak buat.


"Pengundi juga faham untuk menyelesaikan masalah yang tenat ini, tidak boleh buat pendekatan sama. Telah berlaku 20 - 30 tahun. Kalau harga barang naik buat jawatakuasa mengkaji....


"Kita kena yakinkan rakyat kebolehan (PH) mentadbir. Kita ada generasi baru dan dunia telah berubah. Ekonomi telah berubah banyak," katanya.


Tegas Rafizi, di samping strategi biasa KEADILAN dan PH juga akan membongkar lebih banyak penyelewengan yang dilakukan ahli politik terutama dalam PN agar rakyat melihat mereka tidaklah sesuci yang digambarkan.


Mengenai bekas Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang bertanding sebagai Bebas di kerusi parlimen itu kali ini, Rafizi menganggap hal itu adalah hak beliau dalam sistem demokrasi.


"Saudara Tian ada menghantar mesej kepada saya semalam beliau akan bertanding sebagai calon Bebas di Batu. Itu hak dia untuk bertanding di Batu.


"Itu akan memberi lebih motivasi kepada calon PH di Batu untuk buat kerja lebih. Prabakaran sebagai anak muda mewakili golongan minioriti. Dia calon India yang paling muda di seluruh Malaysia," katanya lagi.


Bertanding atas tiket Bebas kata Rafizi tidak mengejutkan kerana dalam pilihan raya kali ini beberapa pimpinan Umno juga bertanding atas tiket PN dan sebaliknya pemimpin PN bertanding sebagai calon BN.



Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page