top of page

Proses pemutihan diteruskan menuju pemilihan KEADILAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 16
  • 1 min read

Dr Fuziah melawat booth yang membantu anggota KEADILAN melakukan proses pemutihan eKYC
Dr Fuziah melawat booth yang membantu anggota KEADILAN melakukan proses pemutihan eKYC

Proses pemutihan keahlian KEADILAN dipergiatkan menuju pemilihan parti di peringkat cabang dan jawatan yang lebih tinggi bermula bulan depan.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN Dr Fuziah Salleh, pemilihan kali ini hampir sepenuhnya dilakukan secara atas talian dan perlu menjalani proses ‘electronic Know-Your-Customer’ (eKYC), satu proses pengesahan identiti secara elektronik memerlukan pengecaman wajah di aplikasi yang wajib dilakukan bagi membolehkan anggota mengundi.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi taklimat tertutup Setiausaha Agung KEADILAN di IDCC Convention Centre, Shah Alam, semalam.


"Taklimat (ini dari) Setiausaha Agung kepada wakil wakil dari cabang seluruh Semenanjung berkenaan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang dan juga berkenaan pemilihan.


"Satu perkara kita tekankan ialah eKYC itu adalah wajib. Proses pemutihan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti untuk kita lalui dan mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat telah pun mengesahkan untuk pemutihan ini," katanya selepas sesi Taklimat Pemilihan Parti dan Kongres Nasional Tahunan.


Kata Fuziah, beliau menetapkan fokus parti dalam sebulan ini adalah proses eKYC agar semua ahli boleh mengundi, meskipun jelasnya ada pengecualian diberi untuk mengundi secara manual. Namun hal itu lebih kepada ahli yang berumur 60 tahun ke atas, tiada telefon pintar, tiada internet dan tinggal di kawasan pedalaman.


Berkenaan ahli yang melakukan proses eKYC, ujar Fuziah, hanya 10 peratus menghadapi masalah melakukan proses tersebut.


"Yang komplain ini ada masalah sekitar 10 peratus, tetapi yang dah lulus 57,000 (ahli). Mungkin ada teknikal isu, lampu salah angle, jadi kita beri pilihan untuk mydigital ID. Kita ada (sediakan) booth, jadi itu akan mudahkan lagi," katanya.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page