top of page

Proses mohon lesen media sosial tidak makan masa lama - Fahmi



Kerajaan memberikan jaminan bahawa proses permohonan lesen untuk membolehkan penyedia platform media sosial beroperasi di negara ini tidak akan mengambil masa yang lama, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.


Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan proses permohonan lesen itu dijangka mengambil masa antara tiga hingga lima hari bekerja.


"Kita beri jaminan kepada (penyedia) platform media sosial, memandangkan yang kita kenakan ini adalah 'lesen kelas' maka prosesnya tidak sukar dibandingkan dengan ‘lesen individu’.


"Kalau ‘lesen individu' mungkin memakan masa beberapa bulan untuk diproses tetapi bagi ‘lesen kelas’, SKMM memaklumkan akan ambil masa tiga hingga lima hari bekerja," katanya dipetik.


Kawal selia perkhidmatan media sosial yang diwartakan pada 1 Ogos lalu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025 namun ia tidak melibatkan pengguna platform media sosial berkenaan.


Pada 27 Julai lalu, SKMM dalam kenyataan memaklumkan semua perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet yang mempunyai sekurang-kurangnya lapan juta pengguna berdaftar di negara ini, perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).


Fahmi berkata Kementerian Komunikasi dijangka menerima permohonan mendapatkan lesen daripada pengendali platform media sosial sekitar Oktober atau November ini.


Jelas beliau, kementerian sedang giat melaksanakan sesi libat urus berhubung perlesenan perkhidmatan media sosial serta garis panduan tatalaku bagi platform media sosial dengan pihak berkaitan.


"Untuk bangunkan kod tatakelakuan platform, ada perbincangan yang akan diadakan bersama semua platform media sosial iaitu semua pemegang taruh, termasuk badan bukan kerajaan, ahli akademik dan pelbagai pihak.


"Kita percaya ia dapat diselesaikan menjelang hujung Oktober ini. Pada masa sama, proses libat urus dengan platform media sosial diadakan bagi memastikan mereka faham proses mengenai perlesenan yang akan teruskan," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page