top of page

Proses libat urus Belanjawan 2025 berjalan lancar



Proses libat urus Kementerian Kewangan (MOF) dengan pihak pemegang taruh bagi tujuan penyiapan dokumen Belanjawan 2025 berjalan dengan lancar, kata jurucakap Kerajaan Perpaduan Fahmi Fadzil.


Menurutnya, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan pada mesyuarat pasca Kabinet Rabu lalu memaklumkan hampir kesemua kementerian sama ada telah dan masih meneruskan sesi perbincangan dengan para pemegang taruh.


"Kita mengalu-alukan maklum balas daripada pelbagai sektor industri dan juga pemegang taruh bagi kementerian-kementerian untuk berhubung sama ada dengan Ketua Setiausaha atau Menteri.


"Sekiranya mereka ada sebarang maklum balas, pandangan, saranan yang mereka harap, Kementerian Kewangan akan mengambil kira dalam penyediaan dokumen Belanjawan 2025," katanya dipetik.


Belanjawan 2025 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 18 Okt, 2024.


MOF menerusi Kenyataan Prabelanjawan yang diterbitkan pada 30 Julai lalu menetapkan ‘Ekonomi MADANI: Negara Makmur, Rakyat Sejahtera’ sebagai tema bagi panduan kepada proses konsultasi Belanjawan 2025.


Kenyataan itu menyebut, kerajaan komited untuk memastikan proses penggubalan Belanjawan 2025 dijalankan secara holistik dan terangkum dan mengalu-alukan maklum balas daripada semua pihak.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page