top of page

Projek tebatan banjir Sungai Langat siap dalam 10 tahun



Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Langat jangka panjang akan diselesaikan secara berperingkat membabitkan tiga fasa dalam tempoh 10 tahun


Exco alam sekitar negeri Selangor, Hee Loy Sian berkata sementara menunggu RTB tersebut siap, kerajaan akan melaksana rancangan jangka pendek membabitkan kerja pendalaman sungai dan pembaikan ban bagi mengatasi masalah banjir di sepanjang Sungai Langat.


Rancangan jangka pendek itu jelasnya akan mula dilaksanakan akhir tahun ini.


"Projek Sungai Langat ini adalah projek untuk (kegunaan) 100 tahun akan datang. Ia bukan setakat tanggungjawab Kerajaan Negeri, tapi banyak melibatkan Kerajaan Persekutuan kerana memerlukan peruntukan lebih ratusan juta, itu di luar kemampuan kita.


"Jadi, saya berharap, penduduk sabar sedikit masa lagi, kerana kita nak pastikan kawasan sini bebas banjir," katanya dipetik.


Loy Sian sebelum itu hadir pada sesi Townhall: Mencari Penyelesaian Isu Banjir Antara Agensi Pusat & Negeri Dengan Penduduk Taman Perumahan Jalan Reko di pekarangan Kuil Hindu, Taman Mahkota di Jalan Reko, Kajang pada Ahad.


Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM16.1 juta dalam bajet 2023 kepada JPS negeri bagi pelaksanaan projek tebatan banjir, khususnya lembangan sungai utama termasuk Sungai Klang, Sungai Langat dan Sungai Selangor.


Usaha menyegerakan beberapa projek tebatan banjir itu sebagai persediaan Kerajaan Negeri menghadapi situasi hujan luar jangka akibat perubahan iklim.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page