top of page

Projek tebatan banjir, basmi kemiskinan perlu dipercepatkan - PM


DS Anwar ketika menyampaikan ucapan di hadapan warga JPM di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim
DS Anwar ketika menyampaikan ucapan di hadapan warga JPM di Putrajaya. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Projek tebatan banjir merupakan keutamaan Kerajaan Madani kerana kerajaan mahu melindungi rakyat daripada mengalami kerugian besar akibat ditenggelami banjir.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kelonggaran harus diberikan dalam projek tebatan banjir oleh pihak Perbendaharaan dan Kementerian Ekonomi bagi menyegerakan kelulusan peruntukan.


Bagaimanapun, kata Anwar, projek masih perlu ditender dan tidak boleh diberikan secara rundingan terus sebagaimana diamalkan kerajaan terdahulu.


"Mengapa kita tekankan soal tender ini? Saya tengok kalau guna kaedah rundingan, banyak ketelanjuran dan ketirisan.


"Jadi sebaiknya kita gunakan tender," katanya dalam Majlis Perjumpaan Perdana Menteri bersama Warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi bulan Februari di Dewan De’ Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya pagi tadi.


Anwar yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, sekiranya projek tersebut melalui proses biasa ianya akan memakan masa panjang untuk kelulusan dan rakyat tidak mampu menunggu atau ditenggelami banjir beberapa kali.


"Orang yang terkesan dengan banjir itu tidak mampu lagi untuk menunggu. Hal-hal ini saya harap diberi perhatian," tegur Anwar.


Selain itu, beliau juga menyentuh mengenai program pembasmian kemiskinan.


Meskipun, katanya, program itu berjalan lancar namun kemiskinan tegar masih wujud.


Beliau memberi contoh di kawasannya, Parlimen Tambun masih wujud 15 keluarga miskin tegar dalam statistik terbaharu.


"Projek kemiskinan tegar kejayaannya adalah baik tetapi jumlahnya itu (statistik) bertambah. Saya semak umpamanya di Parlimen Tambun, berapa yang masih kekal kemiskinan tegar sekitar 15 keluarga, tetapi untuk keseluruhan Perak mungkin lebih 100 (keluarga).


"Jadi saya sebut 15 keluarga (di Tambun) itu boleh cari dan selesaikan dalam dua hari supaya kemiskinan tegar dapat dibereskan," katanya dipetik The Malaysia Press.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page