top of page

Projek rintis sekolah bertingkat dilaksana tahun ini - KPM



Projek rintis sekolah bertingkat akan dilaksanakan di Putrajaya, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, mulai tahun ini.


Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, projek itu dilaksana bagi menangani isu kepadatan sekolah, terutama di kawasan yang berkepadatan tinggi dan akan dilaksana menerusi kerjasama rakan strategik korporat.


"Ia boleh mengurangkan kos projek dan pada masa sama, memastikan infrastruktur serta akses pendidikan terbaik dapat disediakan untuk murid," kata kenyataan itu.


Febuari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa mencadangkan pembangunan sekolah dengan konsep menegak, menempatkan bangunan dua blok dengan kapasiti antara 10 hingga 17 tingkat di sekitar pusat bandar raya.


Syor berpandukan konsep diguna pakai beberapa negara maju itu boleh dilaksana tanpa mengorbankan elemen penting dalam pelajaran, sukan dan rekreasi.


Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, KPM memaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan mesyuarat bersama pengurusan tertinggi kementerian itu semalam.


Pada mesyuarat itu perdana menteri mahu kementerian itu memberi penekanan terhadap aspek latihan guru.


Perdana Menteri juga menekankan bahawa semua murid perlu menguasai bahasa Melayu dengan baik dan pada masa sama memperkasakan bahasa Inggeris.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page