top of page

Projek rintis Dasar Gaji Progresif bermula Jun, libat 1,000 syarikat



Kerajaan Madani maju selangkah lagi dalam membela kebajikan pekerja di Malaysia dengan memperkenalkan projek rintis Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif setelah mengumumkan 15% - 40% kenaikan gaji kakitangan awam pada 1 Mei lalu.


Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, projek rintis kenaikan gaji swasta berkenaan akan melibatkan 1,000 buah syarikat yang berdaya maju di negara ini.


"Ia adalah usaha kerajaan untuk memastikan gaji rakyat tinggi selari dengan peningkatan produktivit selain tumpuan untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.


"Bagi projek rintis ini, penyertaan dibuka kepada lima sektor iaitu sektor Pembuatan, Pembinaan, Perdagangan borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, Maklumat dan komunikasi serta Aktiviti profesional, saintifik dan teknikal

Pemilihan syarikat bagi projek rintis ini akan melalui proses yang menekankan sokongan dasar, tahap keperluan sektor serta kesaksamaan.


"Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Rafizi, dasar gaji baharu itu bukan semata mata paksaan kewangan kepada syarikat yang mungkin sukar dipatuhi oleh kebanyakan perniagaan.


Namun, katanya, majikan boleh menuntut insentif tunai daripada kerajaan sekiranya memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.


"Syarikat yang terpilih akan menerima insentif berjumlah maksimum RM200 sebulan bagi setiap pekerja peringkat permulaan (entry level) dan maksimum RM300 sebulan bagi setiap pekerja bukan peringkat permulaan (non-entry level).


"Setiap pekerja yang berdaftar di bawah Dasar Gaji Progresif perlu menjalani kursus atau latihan peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya selama 3 hari atau 21 jam," katanya.


Rafizi mempelawa majikan yang ingin mengetahui lebih lanjut garis panduan penuh pelaksanaan dan latihan dasar baharu ini untuk melayari laman web https://gajiprogresif.gov.my/

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page