top of page

Projek pengairan: Kerajaan bela pesawah, pastikan bekalan beras cukup

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 28
  • 1 min read


Kerajaan Madani membuktikan kesungguhannya dalam memastikan pesawah terbela dan bekalan beras negara mencukupi dengan pelancaran Projek Pembangunan Infrastruktur Bagi Menyokong Program Penanaman Padi Lima Musim Dalam Tempoh Dua Tahun di kawasan Muda, di Kampung Pida 4, Ayer Hitam di Jerlun, semalam.


Perdana Menteri yang melancarkan projek itu berkata, dana awal RM1 bilion bagi memulakan projek pengairan tersebut akan membaiki ekosistem jelapang padi di kawasan Muda Fasa 1.


"Meluncurkan projek infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi lima musim dalam tempoh dua tahun di kawasan Muda Fasa 1.


"Saya tegaskan kepentingan untuk projek ini disegerakan selain dibuat dengan penuh tersusun sekali gus dapat meningkatkan produktiviti penghasilan beras negara.


"Peruntukan awal sekitar RM1 bilion daripada keseluruhannya RM5.376 bilion ini juga membuktikan kesungguhan Kerajaan MADANI dalam menambah baik ekosistem pertanian di jelapang padi negara," katanya dalam muat naik di Facebook.


Dalam pada itu, Anwar turut berkata beliau akan berusaha mempercepatkan pengagihan bantuan daripada Bernas berjumlah RM15 juta kepada para pesawah sebelum Hari Raya Aidilfitri.


"Kerajaan MADANI akan terus membela nasib pesawah miskin dengan kerjasama BERNAS yang akan membuat pengagihan segera RM15 juta bagi membolehkan golongan ini melakukan persiapan Ramadan dan Syawal.


"Insya-Allah, agenda kesejahteraan pesawah akan terus menjadi keutamaan tanpa mengira jalur politik, selaras dengan prinsip MADANI yang dijulang," katanya.


Bantuan RM15 juta itu adalah sebahagian peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta daripada Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin.

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page