top of page

Projek Lapangan Terbang KXP: Elak terbengkalai seperti litar lumba - Adam Loh



Oleh: Abdullah Zaid


Status kemajuan Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) di Kedah dengan pelaburan baharu daripada Tahira Air Sdn Bhd terus menjadi tanda tanya tatkala kemajuan projek berkenaan tiada perkembangan lanjut.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang,  Adam Loh Wei Chai  berkata, sehingga kini pengambilan tanah untuk tapak lapangan terbang itu masih belum diumumkan biarpun sudah hampir setahun perjanjian di antara Kerajaan Negeri dengan syarikat Tahira dimeterai.


Sehubungan itu, sebagai ADUN yang bertanggungjawab beliau mahu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor mendedahkan status terkini projek berkenaan bagi mengelak ianya terus dipersoalkan.


"Sebenarnya pelaburan kerjasama bersama syarikat Tahira Sdn Bhd telah diumumkan sejak November tahun lalu.


"Namun sehingga kini perkembangan kerjasama projek itu masih tidak diumum mahupun dimaklumkan kepada orang ramai.


"Bahkan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke juga masih tidak menerima apa-apa maklumat daripada SPV (syarikat bertujuan khas) bersama syarikat Tahira untuk membina KXP ini," katanya.

Adam Loh Wei Chai

Menurut Adam, perkara itu perlu diperjelaskan bagi mengelak projek KXP mengalami nasib sama dengan projek litar lumba di Sungai Petani yang terbengkalai sehingga kini.


"Sebelum ini Sanusi pernah membuat pengumuman untuk membina litar lumba bertaraf antarabangsa tetapi tiada apa-apa perkembangan lanjut mengenai projek itu.


"Bagi saya apa yang Sanusi buat hanya sekadar wayang semata-mata supaya rakyat tertarik lebih-lebih lagi jika ada pilihanraya," katanya.


Untuk rekod, projek KXP belum mendapat lesen pembinaan dan pengoperasian lapangan terbang daripada Kerajaan Persekutuan berikutan ada beberapa isu berbangkit yang masih belum dimuktamadkan.


Antaranya, isu syarikat pemodal Tahira Air yang hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta berbanding kos pengambilan tanah mencecah RM2 bilion dan kos pembangunan keseluruhan sekitar RM6.8 bilion.


Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam ucapan Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-82 baru baru ini, memaklumkan projek berimpak tinggi seperti Pembangunan Kedah Aerotropolis termasuk KXP menjadi keutamaannya bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri itu.


Bagaimanapun, sehingga kini status pengambilan tanah oleh syarikat Tahira Air melibatkan Kerajaan Negeri masih tidak direalisasikan.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page