top of page

‘Projek KXP belum dapat kelulusan, kerajaan Pas Kedah usah buat pengumuman’



Oleh: Abdullah Zaid


Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang masih belum mendapat kelulusan Kerajaan Persekutuan terus menjadi persoalan rakyat Kedah kerana pemimpin Kerajaan Negeri membayangkan projek itu seolah olah berjalan lancar.


Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Arang, Adam Loh, kerajaan Pas Kedah tidak sepatutnya mendendangkan projek KXP memandangkan statusnya belum mendapat kelulusan mana mana kementerian berikutan beberapa isu yang masih belum dimuktamadkan.


Katanya, polemik yang berlaku antara Kerajaan Negeri dan Pusat itu sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu oleh kerajaan Pas Kedah sebelum diumumkan kepada awam.


"Saya rasa mana-mana kerajaan boleh buat pengumuman projek yang bakal dilakukan tetapi dalam isu KXP ini tidak sepatutnya diumum kerana isu peruntukan dana sama ada di pihak kerajan mahupun swasta masih belum muktamad.


"Sekiranya Kerajaan Negeri masih memilih dana swasta, maka perincian dan butiran seperti kedudukan kewangan syarikat yang terlibat perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan kelulusan," katanya.


Untuk rekod, antara isu penangguhan kelulusan projek KXP kerana Kerajaan Persekutuan bimbang mampukah projek itu disiapkan oleh syarikat yang berminat membangunnya - Tahira Air Sdn Bhd - yang hanya mempunyai modal berbayar RM2 juta berbanding kos pengambilan tanah mencecah RM2 bilion dan kos pembangunan keseluruhan sekitar RM6.8 bilion.


Mengulas lanjut, Adam berpandangan projek lapangan terbang itu lebih baik tidak diteruskan memandangkan Kedah telah memiliki dua lapangan terbang di Langkawi dan Alor Setar.


Katanya, faktor kedudukan projek KXP di Kulim juga dilihat kurang sesuai memandangkan jaraknya kurang daripada 50 kilometer daripada Lapangan Terbang Bayan Lepas.


"Saya faham kenapa Kerajaan Persekutuan tidak setuju sebab faktor kapasiti membina selain hanya modal politik untuk menarik sokongan rakyat Kedah kepada (Menteri Besar) Sanusi," ujarnya lagi.


Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan projek lapangan terbang KPX mesti melalui proses tertentu kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa negeri dan Persekutuan.


Beliau pada masa sama, mengulangi pendirian kerajaan tidak pernah menolak berbincang atau meneliti semua faktor berhubung projek-projek infrastruktur merentasi bidang kuasa Kerajaan Negeri dan pusat.


Jelasnya, isu KXP tergantung kerana ia tidak mengikut proses sepatutnya namun kesediaan pimpinan Kedah untuk bersama-sama meneliti cadangan projek itu memungkinkan proses perbincangan boleh disegerakan.


Tambah beliau, Menteri Pengangkutan Anthony Loke sendiri memberi jaminan akan membawa tindakan seterusnya bagi perkembangan terkini kepada Jemaah Menteri.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page