top of page

Projek kereta api laju KL-Singapura dihidupkan jika libatkan swasta



Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura boleh dihidupkan semula sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya oleh sektor swasta memandangkan kerajaan mempunyai keterbatasan dari segi kewangan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata terdapat cadangan yang sedang dikaji oleh Kementerian Pengangkutan dan kerajaan masih menanti penyertaan sektor swasta untuk melaksanakan projek itu.


Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong di Putrajaya hari ini.


Anwar berkata kerajaan memutuskan untuk menangguhkan semua projek mega bagi memberikan laluan untuk menyelesaikan isu-isu tertunggak seperti infrastruktur asas, pendidikan, kesihatan, dan isu kemiskinan.


"Kami telah menetapkan bahawa isu pengurangan kemiskinan, mitigasi banjir, infrastruktur asas, pendidikan, dan kesihatan awam adalah keutamaan kami sekurang-kurangnya untuk satu atau dua tahun akan datang," jelas beliau.


Sementara itu, Wong berkata kerajaan Singapura terbuka menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berkaitan pelaksanaan semula projek HSR KL-Singapura.


"Malang sekali kita tidak dapat meneruskan rancangan pada asalnya. Bagi kami, hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara kita sentiasa menjadi kelebihan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page