top of page

Projek impak tinggi, Kerajaan Madani tidak abai negeri pembangkang - MPN T'ganu



Projek berimpak tinggi yang dianugerahkan kepada negeri Terengganu dalam pembentangan Belanjawan 2025 semalam membuktikan Kerajaan Madani tidak menganak tirikan negeri pembangkang Perikatan Nasional.


Menurut kenyataan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Terengganu, projek berbilion ringgit tersebut seharusnya menyedarkan rakyat Terengganu tentang sikap terpuji Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim biarpun dicaci cela oleh penyokong Pas dan Bersatu di media sosial tetap membalasnya dengan kebaikan.


"Alhamdulillah. Terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar atas kelulusan projek di bawah Belanjawan 2025 untuk negeri Terengganu


"Ini bukti Kerajaan Persekutuan tidak pernah mengabaikan Terengganu walaupun di bawah pentadbiran pihak pembangkang. Semoga projek-projek ini memberi kebaikan dan kemajuan bagi negeri kita yang dicintai," kata MPN Terengganu dalam kenyataan.


Sehubungan itu, MPN Terengganu berharap projek yang dianugerah bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat di negeri antara yang paling banyak insiden kemiskinan di Malaysia itu.


"MPN Terengganu merasa terharu dan rendah hati kerana kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Terengganu daripada arus perdana negara," kata kenyataan itu lagi.


Antara Projek yang diumumkan semalam ialah Projek Tebatan Banjir Sungai Tepoh, Projek Tebatan Banjir Banggol Air Lilih, Loji Solar Hybrid Cypark, Marang, Ladang Solar Terapung Tasik Kenyir, Industri Petrokimia Terengganu, Pelancongan Pulau Redang, Pusat Rehabilitasi PERKESO Terengganu dan Pusat PERMATA (anak-anak autisme).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page