top of page

Projek Bandar Wakaf bukti kepimpinan Malaysia di mata dunia - Altimet



Oleh: Azuan Ab Rahman


Rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan segelintir pihak yang ‘cemburu’ dengan usaha Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperjungkan isu kemanusiaan global terutamanya Palestin.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman yang lebih popular dengan panggilan Altimet berkata pengumuman Anwar untuk membantu membina semula Gaza sepatutnya menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.


"Ini adalah cerminan Malaysia Madani yang menjunjung nilai kemanusiaan sejagat dan solidariti bersama rakyat Palestin.


"Kita sekarang di fasa bukan sekadar menggantung bendera Palestin tapi bersedia untuk membantu saudara seIslam kita yang mula berada di fasa pemulihan," katanya dalam kenyataan.


Malaysia bakal mencipta sejarah sebagai negara pertama di ASEAN yang membangunkan Bandar Wakaf di Gaza melalui Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza.


Dijangka dilancarkan dalam tempoh terdekat selepas bulan Ramadan, ia bukan sahaja bertujuan membantu membangunkan semula Gaza pasca peperangan tetapi juga mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa sebagai penyokong utama perjuangan Palestin.


Berada di bawah naungan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, projek itu sejajar dengan peranan beliau sebagai peneraju ASEAN yang menekankan solidariti serta pembelaan terhadap rakyat Palestin.


Antara yang bakal dibina di bandar berkenaan antaranya 14 unit pangsapuri bagi mewakili setiap negeri di Malaysia, sekolah Malaysia yang akan ditaja Cinta Gaza Malaysia (CGM) dan pembinaan Malaysia Central Kitchen untuk menyediakan bantuan makanan harian kepada penduduk Gaza.


Kerajaan Negeri Selangor turut akan membiayai pembinaan Masjid berkembar Shah Alam di Gaza, apartmen wakaf Selangor, dan menara tangki air.


Sehubungan itu, tegas Altimet, rakyat seharusnya ketepikan polemik dan menyokong usaha yang membawa manfaat kepada umat sejagat.


Projek Bandar Wakaf itu adalah bukti nyata keprihatinan dan kepimpinan Malaysia di mata dunia sekaligus mempromosikan model wakaf yang unik dan inovatif.


"Seperti kata pepatah, “hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. Bantuan seperti ini tidak akan memiskinkan kita, malah ia adalah pelaburan untuk kesejahteraan umat manusia," tambahnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page