top of page

Program Tabika pra tahfiz bukti Islam terbela di bawah Kerajaan MADANI



Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) adalah cerminan yang membuktikan agama Islam tidak terancam di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sebaliknya program itu yang akan memberi penekanan terhadap ibadah lain termasuk solat kepada anak-anak Tabika Kemas merupakan pencetus perubahan dalam pendidikan Islam.


"Di samping itu juga, kita tidak mengetepikan soal agama lain dan juga bangsa lain yang memasuki tabika atau tadika. Di Tadika Perpaduan umpamanya, pendidikan sivik dilaksanakan.


"Begitu juga mana-mana anak orang bukan Islam yang masuk ke Tadika Kemas, pendidikan yang begitu juga dibuat ketika pengajaran al-Quran dan solat dilakukan," katanya dipetik.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan prapelancaran Pra Tahfiz Tabika Kemas Negeri Pulau Pinang di Dewan Perda-Tech, Bukit Panchor di Nibong Tebal pada Selasa.


Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah baru-baru ini berkata, kerajaan meletakkan sasaran semua tabika Kemas di seluruh negara akan menjadi tabika pra tahfiz menjelang tahun 2030.


Program itu bertujuan untuk memperkasakan Pendidikan al-Quran selain memberi nilai tambah kepada modul sedia ada (Program Penghayatan Islam) di Tabika Kemas.


Ia merangkumi aspek Pendidikan al-Quran dalam melahirkan Huffaz Cilik yang menguasai hafazan al-Quran bagi surah-surah dalam juzuk amma dan surah pilihan (Juzuk 30) dengan Bacaan (Qiraat) Adab dan Tadabbur.


Cadangan itu jelasnya sudah diusulkan kepada Sultan Pahang, Al Sultan Abdullah ketika baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong bagi memperkasa pendidikan Al Quran dalam kalangan kanak-kanak.


Sementara itu Ahmad Zahid menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa kononnya agama Islam dan Orang Melayu terancam di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Malah DAP sebagai parti komponen dalam gabungan politik itu tidak pernah menentang program berkenaan apabila ia dibentang dalam mesyuarat Jemaah Menteri.


"Mereka sangat prihatin terhadap Perkara 3 dalam Perlembagaan iaitu kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan dan Perkara 153 iaitu kedudukan hak istimewa Orang Melayu serta kedudukan Raja-Raja Melayu," tambahnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page