Program STI 100³ telah dilaksana sejak awal bulan ini - Chang Lih Kang
- Suara Keadilan
- Oct 21, 2024
- 1 min read

Program jangkau luar ke 100 sekolah yang melibatkan 100 orang saintis telah dilaksana sejak awal bulan ini.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Chang Lih Kang berkata program dinamakan Sains, Teknologi Inovasi 100 kuasa tiga (STI 100³) itu merupakan usaha kerajaan meningkatkan minat pelajar sekolah kepada bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 17 Julai lalu, meminta MOSTI menyenaraikan 100 saintis tempatan bagi melaksanakan Program Jangkau Luar ke 100 sekolah.
"Diharapkan ini dapat menghasilkan impak signifikan dalam peningkatan minat pelajar sekolah kepada bidang berkenaan," katanya dipetik.
Ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI, Ruziah Shafei sempena majlis perasmian Karnival Minggu Sains Negara 2024 Peringkat Perlis di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Arau pada Ahad.
Chang sementara itu menegaskan, selaku kementerian yang menyelia bidang STI di negara ini, antara inisiatif utama MOSTI ialah menyemarakkan dan mempergiatkan aktiviti pembudayaan STI dalam kalangan masyarakat, khususnya pelajar dan belia melalui aktiviti pembelajaran secara bukan formal serta luar bilik darjah.
Comentarios