
Program Santuni Kasih Ramadan Putatan, Sabah berjaya dilaksanakan dengan baik.
Menurut Exco Wanita KEADILAN Malaysia, Siti Norffinie Yassin, program tersebut telah mengagihkan sebanyak 300 bekas bubur lambuk dan 150 kotak kurma ke masjid-masjid serta bazar Ramadan di sekitar daerah Putatan pada minggu pertama Ramadan.
Katanya, pihak beliau akan meneruskan pengagihan tersebut ke beberapa lagi kawasan sehingga penghujung Ramadan.
"Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ingin ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini dari dulu sehinggalah sekarang.
"Pengorbanan dan dedikasi kalian semua sangatlah saya hargai, walaupun tidak sempat balik rumah untuk berbuka puasa bersama keluarga dan terpaksa berbuka di dalam kereta," katanya kepada anggota yang turut membantu pengagihan.
Pengerusi NGO Kasih itu juga berharap semoga usaha yang dilakukan akan diberkati tuhan dan mendapat pahala pada bulan Ramadan penuh rahmat ini.
Comments