top of page

Program Rakan Muda ditambahbaik dilancar selepas Aidilfitri



Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mensasarkan untuk melancar semula Program Rakan Muda yang telah ditambahbaik selepas sambutan Aidilfitri ini.


Timbalan Menteri KBS Adam Adli Abdul Halim berkata, walaupun program itu ketika ini masih berjalan namun ia perlu diperkasa semula supaya dapat menyedia peluang dan manfaat lebih luas kepada gologan belia.


"Setiap Jabatan Belia negeri masih ada Pejabat Rakan Muda dan masih berjalan seperti biasa cuma kita mahu ia dijadikan wadah utama KBS.

"Kita perlu jadikan ia 'flagship' kembali...jadikan ia program utama kerana di bawah Rakan Muda ada banyak peluang dan platform dapat dibuka kepada mana-mana individu dan pertubuhan untuk terlibat secara langsung. Ini membolehkan mereka mempunyai akses kepada lebih banyak sumber dan Jabatan Belia," katanya.


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) itu berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Belia Madani Rakan Muda Imarah Ramadan di Alor Setar semalam.


Pada 5 Mac lalu, Adam Adli memaklumkan program pemupukan minat, penggilapan bakat dan pernyerlahan potensi diri melibatkan belia berumur 15 hingga 25 tahun yang diperkenalkan kerajaan pada 1994 itu akan diperkasa semula.


Antara yang dirancang adalah penambahbaikan yang meliputi pembangunan potensi dan semangat kesukarelawanan agar dapat memberi impak lebih menyeluruh dan positif kepada golongan belia.

Rakan Muda jelasnya telah terbukti menjadi satu program yang berjaya menarik ramai golongan belia dan penglibatannya mampu mencapai jutaan orang.


"Itu yang KBS mahu capai tahun ini dan seterusnya akan diperbesar lagi pada tahun depan," tambahnya.



0 comments

Recent Posts

See All

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page