top of page

Program PLKN 3.0 lahir anak muda teguh jati diri - PM



Program membina kefahaman dan penghayatan erti kenegaraan sangat penting kepada setiap rakyat Malaysia.


Menurut Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, hal itu ditumpukan beliau dalam mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan, semalam.


Kata Anwar, antara perkara utama yang disentuh mesyuarat tersebut ialah status pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula pada tahun 2025 bagi membentuk jati diri anak muda yang lebih berketrampilan.


"Saya menekankan peri penting pelaksanaan program ini dilaksana dengan teliti serta menambah baik pendekatan bersesuaian dengan peredaran keadaan semasa.


"Ini penting agar program ini mampu melahirkan generasi anak muda Malaysia yang mempunyai daya tahan yang tinggi, cekal menopang rintangan kehidupan serta mampu menyumbang kepada negara selaku warganegara Malaysia yang bertanggungjawab," katanya di Facebook.


Sehubungan itu, kata PM, beliau memutuskan pelaksanaan PLKN 3.0 diutamakan kepada pelajar yang pernah menyertai aktiviti kadet kadet sekolah yang akan diselaraskan melalui Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pertahanan.


Katanya, amat mustahak usaha menyeluruh digembleng dalam memperkukuh jati diri, kekuatan iltizam dalam memajukan negara serta kesediaan untuk mempertahankan tanah air tercinta.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page