top of page

Program perasmian perdana MATC Selangor penting, dengar amanat pimpinan



Program Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) negeri Selangor yang diadakan hari ini di Petaling Jaya amat penting untuk mendengar amanat pemimpin kepada para anggota KEADILAN di seluruh negeri.


Menurut Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman, program berkenaan yang diadakan masuk tahun kedua boleh memahamkan anggota berkenaan isu utama yang perlu mereka bawa dalam mesyuarat di peringkat cabang atau ranting.


"Program perasmian MATC negeri Selangor ini merupakan kali kedua kita buat sejak tahun lalu.


"Ini sangat penting kerana ini waktu kita mendengar amanat pemimpin kita kepada seluruh peringkat dalam Selangor


"Sebelum ini MPN Selangor telah mengadakan mesyuarat dan di antara arahan pengerusi kita mewajibkan selepas ini supaya negeri memantau semua cabang supaya bermesyuarat sekali dalam tempoh 2 bulan, sebagaimana ditetapkan dalam perlembagaan parti," katanya dalam ucapan pembukaan majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan AMK KEADILAN Negeri Selangor di Auditorium Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya tengah hari tadi.


Khairudin juga mengutarakan agenda KEADILAN Selangor bagi memanfaatkan pemimpin di peringkat hirarki lebih rendah untuk berketrampilan dalam mengisi jawatan lantikan politik.


"Saya memberikan fokus kepada lantikan politik kita.


"Kita akan susun program bagi memahirkan lantikan politik dan memahirkan anggota kita di dalam Selangor," katanya.


Dalam majlis itu beliau mengumumkan kekuatan KEADILAN di Selangor yang signifikan dengan jumlah ahli sebanyak 356,183 orang.


KEADILAN Selangor, katanya, menyumbang 31% kepada keanggotaan di seluruh negara.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page