top of page

Program Penghijauan Malaysia selesai setahun lebih awal - Nik Nazmi



Penetapan kadar denda baharu sebanyak RM10 juta bagi penjenayah alam sekitar disifatkan antara kejayaan utama Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) pada tahun ini.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkongsikan perkara itu menerusi rumusan pencapaian pasukan NRES untuk tahun 2024.


"Akta ini, yang kali terakhir dipinda sejak 1974 kini menetapkan denda maksimum bagi jenayah alam sekitar dinaikkan daripada RM100,000 kepada RM10 juta, selain hukuman penjara mandatori sehingga lima tahun," katanya dipetik.


Selain itu beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa menjelaskan, pada tahun ini kementeriannya juga turut meningkatkan aktiviti penguatkuasaan perlindungan hidupan liar, termasuk spesies Harimau Malaya.


Ia dilaksana melalui penambahan bilangan renjer komuniti kepada 1,924 orang pada 2024 membabitkan peruntukan berjumlah RM60 juta.

"NRES turut melaksanakan pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024.


"Kira-kira 350,000 hektar kawasan di daratan dan lautan pula telah diwartakan sebagai kawasan perlindungan baharu setakat September lalu di bawah insentif Ecological Fiscal Transfer (EFT)," tambahnya.


Menerusi perkongsian sama beliau memaklumkan kejayaan Program Penghijauan Malaysia, melalui penanaman 100 juta pokok.


Program itu jelasnya berjaya diselesaikan setahun lebih awal daripada jadual, dengan pokok ke-100 juta ditanam oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim


Pada tahun ini juga kementeriannya telah memperkenal Inisiatif bantuan kewangan bagi kerugian harta benda dan tanaman akibat serangan hidupan liar, yang diperkenalkan pada tahun ini.

Setakat September, seramai 130 pemohon jelasnya telah menerima manfaat dengan jumlah keseluruhan bantuan melebihi RM410,000.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page