Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program MyLesen pada tahun depan dengan jumpa peserta, dijangka akan meningkat.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, program dilaksana Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu mensasarkan golongan belia dan kumpulan B40 dan setakat ini sudah menerima lebih 130,000 permohonan.
"Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41,853 permohonan yang diterima didapati layak untuk menyertai program tersebut setelah menerusi tapisan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"Berdasarkan rekod, sehingga hari ini, lebih 26,000 telah berjaya memperolehi lesen memandu B2, PSV E-Hailing, PSV Bas dan GDL Lori di bawah Program MyLesen Tahun 2024 ," katanya dipetik.
Anthony berkata begitu pada Majlis Perasmian Penutup Program MyLESEN Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024 di Arena Juara, JPJ Negeri Selangor di Jalan Padang Jawa pada Khamis.
Dalam pada itu, beliau berkata, program MyLesen merupakan salah satu usaha kerajaan untuk memberi manfaat secara berterusan kepada golongan sasar dalam negara.
"Menerusi pembentangan Belanjawan Madani Tahun 2025 diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan akan meneruskan bantuan lesen motosikal kepada 15 ribu anak muda kurang mampu seperti murid sekolah menengah, mahasiswa dan belia yang mencari kerja.
"Inisiatif berterusan ini bukan sahaja semata-mata untuk memberi lesen memandu kepada mereka yang layak tetapi juga untuk memberi kesedaran terhadap pematuhan peraturan-peraturan jalan raya," tambahnya.
Program MyLesen adalah program subsidi bayaran latihan, ujian dan lesen bertujuan untuk menaiktaraf kehidupan B40 dan membuka lebih peluang menambah pendapatan isi rumah.
Commentaires