Program MyFutureJobs bersama Ahli majlis Petaling Jaya, Bryan Ng
- Suara Keadilan
- Apr 10
- 1 min read

Ahli Majlis Petaling Haya, Zon 13, Bryan Ng Yih Miin dengan kerjasama Perkeso dan Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar akan menganjurkan temuduga bersama enam syarikat di Matahari Taman Medan pada 12 April ini.
"Program pada Sabtu ini akan membuka peluang pekerjaan kepada anak muda di sekitar Petaling Jaya," kata Bryan Ng.
Menurut beliau lagi, temuduga itu akan diadakan di Perkarangan Pasaraya Matahari Petaling Jaya pada pukul 10 pagi hingga 3 petang.
Sesiapa yang berminat boleh hadir membawa sijil dan dokumen peribadi, juga boleh melayari Pautan Pra-pendaftaran: https://forms.office.com/r/8B8cWJSm0b
Setiap calon juga boleh layari www.myfuturejobs.gov.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan kosong serta membuat permohonan pekerjaan.
留言