top of page

Program Mekar, permudah pendaftaran dokumen Orang Asli diteruskan



Program Mekar – Menyemai Kasih Rakyat yang digerakkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk memudahkan masyarakat pedalaman, khususnya Orang Asli mendapatkan dokumen pengenalan diri diteruskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).


Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang melihat sendiri perjalanan program terbabit hari ini, memuji program itu kerana berjaya mendaftaran sejumlah dokumen diri rakyat di kawasan terpencil.


"Hari ini, kita berada di perkampungan Orang Asli Kemian bersama Jabatan Pendaftaran Negara bagi meneruskan Program Mekar – Menyemai Kasih Rakyat.


"Program ini bersifat outreach, di mana JPN turun ke lapangan untuk membantu masyarakat menyelesaikan isu berkaitan dokumen pengenalan diri mereka," katanya dalam sidang media.


Menurut Saifuddin, antara masalah yang dihadapi penduduk di kawasan terpencil ialah ibu bapa tidak mendaftarkan kelahiran anak mereka dalam tempoh yang ditetapkan oleh undang-undang, iaitu 60 hari.


Juga kelahiran baharu yang tidak didaftarkan menyebabkan berlaku pendaftaran lewat dan terdapat individu yang telah mencapai usia 12 tahun tetapi belum memiliki MyKad walaupun telah mempunyai sijil kelahiran.


Katanya, dalam program yang diadakan itu pihak JPN membawa sistem biometrik untuk semakan identiti.


Kempen JPN datang ke kawasan perkampungan Orang Asli Kemian itu dianggap berjaya menyelesaikan masalah penduduk yang sukar melakukan perjalanan jauh menggunakan bot ke Jerantut sehingga dua jam dan mengganggu mata pencarian mereka untuk berurusan dengan JPN.


"Program Mekar jelas memberi manfaat besar. Setakat 31 Januari 2025, kita telah menjalankan 179 program MEKAR. Untuk perbandingan, sepanjang 2024, sebanyak 2,311 program MEKAR


"Trend ini menunjukkan bahawa Program Mekar benar-benar memberi impak tinggi dalam membantu rakyat, sejajar dengan hasrat Perdana Menteri yang menekankan pendekatan Madani dalam pentadbiran berlandaskan nilai ihsan, simpati, dan kasih sayang dalam menyelesaikan masalah rakyat," katanya.


Selain itu, Saifuddin juga memberi angka pendaftaran yang berjaya dibuat pada hari ini dalam 15 kes pendaftaran kelahiran lewat; 1 kes pengeluaran MyKad; 10 kes semakan identiti dan penyerahan 24 MyKad.


Dalam pada itu, katanya, program berkenaan turut dilakukan dengan penglibatan Yayasan Hasanah dan Yayasan Food Bank Malaysia yang sudah lebih lima tahun menjalankan program pendidikan untuk anak-anak Orang Asli.


"Hari ini, mereka turut menyumbangkan bakul makanan kepada 40 keluarga, manakala bantuan mingguan diberikan kepada 23 keluarga.


"Saya juga ingin menyentuh satu inisiatif yang sangat terpuji, usaha pendidikan oleh NGO yang datang ke pedalaman untuk mengajar anak-anak Orang Asli membaca dan menulis.


"Mereka telah menjalankan usaha ini selama lima tahun dan berjaya memastikan sebahagian daripada pelajar mereka menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi," katanya.


Pertubuhan amal itu juga, kata Saifuddin menjejak kemajuan pelajar di sana untuk memastikan kesinambungan pendidikan mereka. Beliau terharu dengan komitmen tinggi yang ditunjukkan para sukarelawan berkenaan.

0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page