top of page

Program Kuasa Orang Muda berjaya tingkat pemahaman demokrasi, politik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 11
  • 2 min read


Oleh: Akmal Manaf


Seramai 14,699 peserta telah terlibat dalam 84 siri kelas yang telah dilaksanakan di bawah tajuk Kuasa Orang Muda (KOM) Kementerian Belia dan Sukan (KBS).


Timbalan Menterinya, Adam Adli Abdul Halim berkata, program itu masih berlangsung melibatkan pecahan lima zon berbaki di zon selatan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.


Katanya, KBS melalui Impact Integrated salah satu agensi di bawah KBS turut melaksanakan advokasi secara dalam talian di laman sesawang www.kuasaorangmuda.com.


"Advokasi itu telah mencapai 5,183 peserta dan 13,524,945 jumlah tontonan untuk tahun 2024.


"Sebanyak 15 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah memohon sebagai rakan pelaksana, dan lima daripadanya dipilih melalui proses pemilihan yang dilaksanakan dengan mengemukakan cadangan pelaksanaan.


"Bersandarkan kepada konsep perancangan strategi kapasiti dan keupayaan serta kos pembelanjaan, dipecahkan kepada lima zon seluruh negara, setiap NGO dipilih bertanggungjawab melaksanakan 18 hingga 26 siri di setiap zon yang telah ditetapkan dengan sasaran kehadiran di setiap siri seramai 200 peserta," katanya di Dewan Negara, hari ini.


Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang meminta menyatakan jumlah peserta dan kelas bagi kelas demokrasi Kuasa Orang Muda yang telah dianjurkan oleh Rakan Demokrasi sehingga kini dan bagaimana pemilihan persatuan terutamanya NGO dilakukan untuk berkolaborasi dalam menjayakan program berkenaan.


Menjelaskan lebih lanjut, Adam berkata, sasaran peserta adalah dalam kalangan pengundi muda seperti di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT).


Katanya, rakan pelaksana juga dikehendaki menyampaikan modul Rakan Demokrasi KOM yang telah diseragamkan KBS.


"Insiatif ini dirangka khas untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman belia mengenai sistem demokrasi, pendidikan kenegaraan dan advokasi politik.


"Sebelum ini kita pernah melaksanakan program advokasi politik yang dipanggil sebagai Sekolah Rukun Negara yang dilaksanakan oleh agensi Eyelid sebelum ini dan telah pun dipindahkan agensi daripada KBS ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).


"Hari ini ia diteruskan di bawah tajuk Akademi Kenegaraan. Jadi sebagai timbal balik, kita melaksanakan program yang dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan serta Impact Integrated bernama Kuasa Orang Muda bagi meneruskan lagi program pendidikan politik bagi golongan belia," ujar beliau yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK).

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page