top of page

Program khas Kementerian Ekonomi 10 daerah termiskin - Rafizi



Oleh: Akmal Manaf


Kementerian Ekonomi akan merangka program khas pada tahun ini bagi memberi tumpuan kepada 10 daerah termiskin termasuk di Sabah.


Menterinya, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan untuk menjadikan 10 daerah termiskin di negara ini sebagai 'anak angkat' kementeriannya.


''Sebelum ini, sebarang program pembasmian kemiskinan dibuat secara makro (menyeluruh) kemudiannya diserahkan kepada agensi.


''Lazimnya, ia dilaksanakan secara makro dan biasanya terdapat juga kelemahan terutamanya dalam kes Sabah daripada segi peruntukan, sumber yang dibekalkan apabila diagihkan secara makro itu.


''Jadi sebab itu kita lihat terdapat keperluan untuk kita mengambil 10 daerah termiskin ini sebagai anak angkat kementerian,'' katanya di Dewan Rakyat, hari ini.


Rafizi berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Ir Shahelmey Yahya (BN-Putatan) yang meminta dinyatakan bagaimana Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA2035) dapat menjadi jambatan kepada negeri Sabah untuk mencapai sifar kemiskinan tegar.


Mengulas lanjut, Timbalan Presiden KEADILAN itu memaklumkan, perkara tersebut akan dibentangkan sekali gus dilaksanakan berdasarkan perancangan.


''Insya-Allah kita akan bentangkan dan mula laksanakan.. seingat saya 6 daripada 10 daerah termiskin di negara ini adalah dari Sabah.


''Oleh itu, saya harap usaha untuk membantu dan membasmi kemiskinan di Sabah akan dipercepatkan,'' ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page