top of page

Program Jualan Rahmah Madani di Bedong dapat sambutan menggalakkan




Program Jualan Rahmah Madani di Taman Semeling Indah, Bedong, Kedah baru baru ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Menurut satu kenyataan, jualan yang dibuat dengan anjuran Yayasan Aman Kedah itu dihadiri oleh penduduk sekitar yang menunggu sejak awal pagi.


"Alhamdulillah, Program Jualan Rahmah Madani yang julung kali diadakan pada hari ini di Taman Semeling Indah, Bedong mendapat sambutan begitu menggalakan dari penduduk setempat serta penduduk sekitar yang hadir sejak awal pagi bagi mendapatkan barang-barang keperluan asas dengan harga Rahmah dan berpatutan," kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Aman, Saiful Izham Ramli.


Pengunjung Jualan Rahmah turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma
Pengunjung Jualan Rahmah turut berpeluang melakukan pemeriksaan kesihatan percuma

Selain jualan amal, turut diadakan Pemeriksaan Kesihatan secara percuma dengan dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Muda.


"InshaAllah, program sebegini akan diteruskan lagi dari masa ke semasa," kata Saiful Izham lagi.


Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Koperasi Agropreneur Darulaman Berhad (KADB), Pertubuhan Agropreneur Darulaman (PADK), Kelab Rukun Tetangga (KRT) tempatan, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dibawah kelolaan Kementerian Komunikasi Komuniti Madani (KM) dibawah urus selia pihak Jabatan Penerangan, JPKKP dan lain-lain di atas kerjasama yang diberi bagi menjayakan program tersebut.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page