top of page

Program Jualan Rahmah MADANI berjaya diadakan di 4,156 lokasi



Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Pulau Pinang semalam melaksanakan Program Bijak Belanja Pengguna.


Pelaksanaannya bertujuan untuk menengahkan isu-isu kepenggunaan secara interaktif disamping merancakkan lagi program advokasi berkenaan hak-hak dan perlindungan pengguna seperti penipuan dalam media sosial, phishing, penyalahgunaan rangkaian dan teknologi serta penipuan atau pemalsuan perihal dagangan atas talian.


"Program ini selari dengan matlamat Kementerian dalam menggerakkan agenda besar kepenggunaan yang responsif dengan tuntutan semasa dan cabaran mendatang," kata Timbalan Menteri KPDN Fuziah Salleh melalui satu kenyataan.


Sementara itu melalui kenyataan sama Fuziah berkata, turut dilancarkan semalam adalah Program Jualan Rahmah MADANI peringkat negeri Pulau Pinang.


Acara yang diadakan di Bandar Tasek Mutiara itu bertujuan menyantuni isu kos sara hidup rakyat dengan penawaran penjimatan sebanyak 10% sehingga 30% dari harga pasaran semasa khususnya kepada isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.

"Mengikut statistik bermula 15 Januari 2024 hingga 16 Jun 2024, PJR telah dilaksanakan di 4,156 lokasi di seluruh negara. Pecahan mengikut model iaitu di dalam premis sebanyak 1,702, di luar premis sebanyak 320 lokasi dan secara bergerak sebanyak 2,134 lokasi.


"Manakala penganjuran PJR di seluruh negara juga telah merekodkan kehadiran melebihi 3.4 juta orang pada tahun ini," tambahnya sambil menegaskan KPDN akan terus komited untuk memperkasakan hak-hak pengguna dan isu-isu kepenggunaan disamping memastikan rakyat tidak terbeban dengan peningkatan kos sara hidup.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page