top of page

Program Jalinan Ihsan Wanita Madani KEADILAN santuni komuniti Perlis



Wanita KEADILAN Negeri Perlis terus mempergiatkan aktiviti menyantuni komuniti negeri tersebut dalam siri program Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani dengan kerjasama Biro Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.


Program empat dalam satu itu dilaksanakan selama empat hari tiga malam meliputi Parlimen Padang Besar, Kangar dan Arau bermula 8 Januari lalu.


Jelajah itu melibatkan pasukan Wanita KEADILAN Negeri Perlis diketuai oleh Zainab Ibrahim manakala Biro Penerangan Wanita KEADILAN Pusat diteraju oleh Noraini Nordin yang juga Ketua Penerangan Wanita parti tersebut.


Turut bersama, Ketua Wanita KEADILAN Negeri Johor, Zuraidah Zainab Mohd Zain dan Ketua Wanita KEADILAN Negeri Kelantan, Nor Azmiza Mamat.


Dalam misi jelajah tersebut pasukan Jelajah Jalinan Ihsan Wanita Madani telah menyantuni penduduk Kampung Bakau, Kangar yang telah menjadi mangsa banjir untuk menghulur sumbangan berupa pek makanan kering.


Sumbangan kembali ke sekolah


Lebih sepuluh buah rumah telah disinggahi sebagai tanda perihatin Wanita KEADILAN terhadap mangsa bah di kampung tersebut.


Pasukan jelajah juga turut menyantuni Kampung Titi Besi dalam Parlimen Arau dan juga Kampung Sahabat di Padang Besar.


Sumbagan Kembali Ke Sekolah di Padang Besar

Ketua Program, Noraini berkata, program empat dalam satu ini adalah untuk menyantuni mangsa-mangsa banjir, menyampaikan sumbangan Kembali Ke Sekolah, Minum Petang bersama pimpinan akar umbi Wanita KEADILAN Cabang sambil memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa.


Selain itu, sempena program tersebut juga turut diadakan Kempen Tabung 30WReps yang telah dilancarkan oleh Ketua Wanita KEADILAN Pusat Fadhlina Sidek di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menurut Noraini lagi, program `turun padang’ Wanita KEADILAN akan sentiasa diaktifkan ke seluruh negara sebagai tanda perihatin kepada komuniti setempat tanpa mengira di mana mereka berada.


"Sebelum ini pasukan kami telah menjelajah beberapa daerah di negeri Kelantan bersama Ketua Wanita Negeri dan pasukan sukarelawanya yang sentiasa gigih membantu.


"Kali ini tiba giliran negeri Perlis pula. InshaAllah selepas ini kami akan ke Johor, Terengganu serta Pahang. Saya amat menghargai kerjasama ketua-ketua wanita negeri yang telah memberi komitmen untuk menyahut program ini.


"Semangat juang serta sabar dan cekal membantu masyarakat wajar dicontohi," katanya yang ditemui selepas Program Minum Petang bersama Wanita Perlis di Hotel Seri Malaysia, Kangar.


Noraini juga menjelaskan, bantuan barangan yang diberikan kepada mangsa-mangsa banjir adalah sumbangan daripada Ketua Wanita KEADILAN Pusat, Fadhlina Sidek.


Giatkan usaha turun padang


Manakala sumbangan berupa beg sekolah dan alat tulis adalah daripada Yayasan Felcra.


Ziarah di kangar, termasuk rumah OKU Warga Emas

Jelas Noraini, sumbangan tersebut diharap akan dapat menceriakan penerima serta diharap dapat meringankan beban mangsa.


Sementara itu, Ketua Wanita KEADILAN Perlis Zainab Ibrahim pula berkata pihaknya akan mempergiatkan usaha turut padang demi memastikan kebajikan anggota masyarakat tidak terbela.


"Saya gembira kerana pimpinan Wanita KEADILAN Pusat sentiasa memberi sokongan dan terima kasih kepada YB Fadhlina Sidek yang sentiasa membantu kami.


"Saya juga menghargai bantuan daripada Biro Penerangan Wanita KEADILAN, Ketua Wanita Negeri serta sukarelawan yang sudi berkunjung ke negeri Perlis.


"Terima kasih juga kepada sukarelawan Wanita KEADILAN Perlis yang menjayakan program ini," ujarnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page