top of page

Program Bina Insan Madani latih siswa sebagai jurubicara Malaysia Madani



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Lembaga Pengarah Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM), Mustaffa Kamil Ayub baru-baru ini mengadakan lawatan kerja ke kampus cawangan UiTM di Sabah.


Menurut satu kenyataan, lawatan pada 20 September itu turut memaklumkan mengenai program Bina Insan Madani yang akan digerakkan untuk 34 kampus UiTM dari Sabah hinggalah ke Perlis membabitkan hampir 200,000 pelajar UiTM.


Katanya, program berkenaan akan dikelolakan oleh Pejabat PNC Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) serta Pejabat PNC Adiwangsa UiTM dengan kolaborasi bersama Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM), YADIM dan International Institute of Islamic Thought (IIIT).


"Diharapkan sejumlah (mahasiswa) yang telah melalui program ini akan mampu menjadi jurubicara Malaysia Madani dipelbagai medan sama ada di kampus, di kampung, dan seluruh pelusuk negara," kata beliau dalam ucapannya yang bertajuk "Malaysia Madani: Jiwa Merdeka" dihadiri 100 orang pimpinan UiTM Sabah.


Di samping itu, kata Mustaffa, tiga Siri Program Bina Insan Madani Perdana diadakan di bawah kelolaan Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) UiTM dan sedang digerakkan membabitkan 300 orang pensyarah dan pentadbir yang akan bertindak selaku penceramah dan fasilitator Program Bina Insan Madani diperingkat kampus cawangan.


Mustaffa Kamil bersama pimpinan UiTM Sabah

Manakala Persekutuan Alumni UiTM (PAU) yang kini keanggotaannya mencecah seramai kira-kira satu juta orang, melalui Presidennya saudara Saiful, juga menyatakan komitmen beliau untuk menjayakan Falsafah Pembangunan Malaysia Madani.


Dalam pada itu, ujar Mustaffa, sejumlah 5,000 naskah buku panduan Latihan Bina Insan Madani sempena 25 Tahun UiTM Sebagai Universiti telah diterbitkan oleh ILD.


Panduan 80 muka surat itu telah pun disiapkan oleh beliau sendiri bersama Prof Datuk Dr Mizan Hitam dan Dr Baharuddin. Buku berkenaan telah diluncurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Ogos lalu di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) UiTM Shah Alam.

0 comments

Comments

Couldn’t Load Comments
It looks like there was a technical problem. Try reconnecting or refreshing the page.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page