top of page

Program bersama belia membangun Malaysia Madani di sekolah Kuantan



Malaysia Madani sebagai dasar negara turut diperkenalkan kepada murid-murid sekolah di seluruh negara.


Ttidak ketinggalan baru baru ini sekolah di Kuantan melakukan libat urus bersama persatuan belia dan agensi kerajaan bagi menganjurkan program bertemakan Malaysia Madani. Salah satunya melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Besar, Kuantan.


Menurut Ahli Majlis Bandaraya Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, program libat urus berkenaan digerakkan di beberapa sekolah di dalam mendidik dan menanam nilai enam rukun madani yang dipelopori Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di bawah Kerajaan Perpaduan hari ini.


"Para belia (murid) diberikan penerangan tentang fungsi Kementerian Belia dan Sukan di dalam membantu membangunkan potensi belia hari ini.


"Selaras dengan usia belia yang difokuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu 15 hingga 35 tahun, kumpulan usia belia ini perlu disantuni secara berterusan dengan lebih awal di peringkat sekolah menengah lagi.


"Majlis Bandaraya Kuantan juga mengambil berat tentang perkembangan belia di daerah Kuantan khususnya di sekolah-sekolah menengah di dalam daerah Kuantan.


"SMK Paya Besar ini mempunyai bilangan pelajar seramai hampir 1000 orang dan meliputi kelompok pelajar yang tinggal di sekitar Parlimen Paya Besar dan Parlimen Kuantan," katanya.


Bagi Pengetua, Rozita Ismail pula, libat urus bersama komuniti itu sangat dihargai oleh pihak sekolah yang merupakan salah satu sasaran PIBKS di mana pihak sekolah melibatkan komuniti dan agensi luar menggerakkan program pembelajaran dan pendidikan para pelajar.


Program ini sebahagian daripada lima program komuniti yang digerakkan dan ditaja oleh Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Di Dalam Mencapat Matlamat Pembangunan Lestari (APPGM-SDG), Persatuan Agro Kuantan (PAGK), Wanita Inspirasi Kuantan (WINK), agensi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).


Program selama sehari tersebut melibatkan aktiviti sukan sepakan penalti untuk kumpulan pelajar lelaki dan wanita, ceramah motivasi, sesi penerangan KBS dan MBK serta sesi penerangan mengenai TVET untuk para belia.


Seramai 200 orang belia berusia 16 tahun daripada Tingkatan Empat SMK Paya Besar telah mendapat manfaat daripada program tersebut. Ini merupakan susulan program STEM Camp yang telah diadakan di sekolah berkenaan untuk 200 orang pelajar Tingkatan Tiga sebelumnya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page