Program Back To School Cabang Kangar bersama NGO tempatan
- Redzuan Shamsudin
- Mar 7, 2023
- 1 min read

Program Back To School KEADILAN Cabang kangar berjaya dianjurkan dengan kerjasama NGO atau persatuan penduduk tempatan.
Mantan ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap turut sama turun ke Pasar Raya MM Kuala Perlis menghadiri program berkenaan.
"Program Back To School KEADILAN Cabang Kangar peringkat DUN Kuala Perlis di Pasaraya MM Kuala Perlis anjuran Persatuan Srikandi Harapan Kuala Perlis, Persatuan Penduduk Kampung Seberang Alor dan Pertubuhan Penduduk Taman Bukit Kubu.
"Seramai 57 orang adik-adik sekolah rendah dan menengah dari kawasan Kuala Perlis menerima sumbangan pakaian sekolah bernilai RM100 setiap seorang," kata Nor Azam dalam catatan di Facebook.
Turut sama menjayakan program itu AJK Wanita Cabang Kangar dan Angkatan Muda Keadilan Cabang Kangar
Nor Azam mengucapkan penghargaan kepada staf sukarelawannya yang membantu program tersebut.
Commenti