top of page

Program advokasi perlindungan kanak-kanak diteruskan - Nancy

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 1 min read


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneruskan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak di 300 sekolah dan 30 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak di seluruh negara tahun ini.


Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata program Kasih Kanak-Kanak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan bermula pada bulan ini, dilaksanakan sebagai antara usaha memerangi kesalahan seksual dalam kalangan golongan bawah umur.


"Mereka (kanak-kanak) mempunyai kaunselor sendiri di sekolah, tetapi mereka tidak mahu bercakap, mungkin kerana malu. Jadi, semasa kita mengadakan program advokasi itu, kita ada pendekatan tertentu untuk mendekati mereka.


"Contohnya, kita minta mereka melukis dan daripada lukisan itu mereka terangkan apa maksud lukisan berkenaan. Dari situ kita dapat melihat apa yang terkandung dalam jiwa mereka," katanya dipetik.


Nancy berkata begiti kepada media selepas Majlis Raikan Keceriaan Keluarga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 pada Jumaat.


Ia sebagai laporan media berhubung peningkatan kes rogol dan sumbang mahram di Kelantan dengan 252 kes dilaporkan tahun lepas berbanding 206 kes pada 2023.


Sementara itu tambahnya, kementerian juga akan mempromosikan Talian Kasih dan menggerakkan Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) ke sekolah-sekolah terlibat sepanjang berlangsungnya program advokasi itu.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page