top of page

PRN Sabah: 75 peratus agihan kerusi PH sudah dimuktamadkan



Pakatan Harapan (PH) Sabah sudah menyelesaikan 75 peratus pembahagian kerusi antara rakan parti gabungan itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun hadapan

Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sabah, Datuk Peto Galim berkata, hal itu dicapai menerusi beberapa siri rundingan yang diadakan sebelum ini.


"Jadi ada 25 peratus lagi yang belum dimuktamadkan dan harus diingat ada kawasan-kawasan yang menjadi 'kerusi panas' yang akan menjadi pertindihan dan minat kepada semua.


"Kalau kita tidak boleh membuat keputusan yang tuntas, maka kita akan minta bantuan daripada presiden-presiden.


"Kita tidak mahu rundingan ini akan berakhir dengan meja terbalik atau berlaku persengketaan emosi, jadi kita harus profesional dengan perkara begini," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah dipetik dalam sidang akhbar di Kota Kinabalu baru-baru ini.


Sementara itu, Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Pusat merangkap Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Razeef Rakimin pada sidang media sama memaklumkan, pihaknya berharap rundingan itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya Januari depan.

"Kalau kita dapat selesaikan bulan ini, kita akan selesaikan. Kalau tidak, selewat-lewatnya awal Januari tetapi di peringkat PH setakat ini tiada masalah, kita dalam perundingan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page