Wakil masyarakat India dari 22 cabang KEADILAN seluruh Selangor hari ini berikrar mempertahankan sokongan masyarakat India kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.
Menurut Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat India Datuk Menteri Besar Selangor, Dr Gunaraj George, wakil wakil masyarakat India telah membincangkan beberapa strategi untuk membantu mengekalkan PH dan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkuasa di Selangor.
"Kami seluruh pimpinan 22 Cabang bersetuju menyokong penuh Datuk Seri Amirudin sebagai Menteri Besar (MB).
"Untuk PRN kami menyediakan penceramah Tamil yang akan mengadakan ceramah di kawasan masing masing. Juga program turun padang dari rumah ke rumah akan dibuat oleh anggota KEADILAN, di mana kempen ini sangat efektif dan kita perlu turun.
"Kerajaan Selangor di bawah PH selama 3 penggal ini telah membawa banyak perubahan dan semalam kita difahamkan Selangor berjaya mencapai 25% KDNK negara, di mana kerajaan Selangor di bawah Datuk Seri Amirudin menunjukkan prestasi cukup baik," katanya dalam sidang media petang tadi.
Selain itu, menurut Dr Gunaraj, 47 program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) selangor juga telah dipekenalkan dan mungkin program tersebut masih rakyat yang belum tahu.
Kempen PRN jentera PH katanya akan turut mengambil kesempatan untuk menyampaikan kepada rakyat yang layak tetapi masih belum mendaftar dengan program IPR tersebut.
Beliau juga menjelaskan program Jelajah Ehsan Rakyat yang menjual bahan makanan asas dengan harga subsidi akan diteruskan sehingga keadaan kenaikan harga barang kembali seperti sediakala.
Bagi masalah khusus masyarakat India, kata Ahli Dewan Negeri Sentosa itu banyak masalah yang telah berjaya diselesaikan sepanjang 5 tahun lalu PH berkuasa.
"Sekolah Tamil contohnya, kita mendapat sokongan yang baik dari Kerajaan Negeri. Minggu hadapan sekolah Tamil dan Cina kita dapat (diumumkan) peruntukan dari Kerajaan Negeri.
"Pelajar India juga akan ditempatkan sebanyak 200 orang dari keluarga kurang kemampuan, kita akan beri bantuan asrama. Asrama telah dibina dan minggu depan MB akan umum berita baik," katanya.
Untuk gerak kerja pilihanraya pula, Dr Gunaraj berkata hal itu telah berjalan sejak Pilihan Raya Umum pada November 2022 lalu dan akan dilakukan dengan lebih mantap bagi mempertahankan negeri.
"Gerak kerja jentera di setiap cabang sebelum ini telah dimulakan. Semua cabang telah kerja keras pada PRU, sekarang Kerajaan Negeri Selangor kita perlu pertahankan.
"Pimpinan cabang sedia sokong, pastikan jentera cabang dimantapkan untuk kekalkan PH," katanya.
Comentários