top of page

PRK: Wanita KEADILAN perkukuh strategi tawan DUN Sungai Bakap



KEADILAN bertapak di DUN Sungai Bakap sejak Pilihan Raya Umum 2008. Kerusi itu terus dipertahankan sehingga dirampas oleh Pas-PN pada Pilihan Raya Negeri 2023 lalu.


Sehubungan itu, Wanita KEADILAN berazam untuk menawan kembali kerusi DUN Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 6 Julai ini.


Menurut Pengarah Biro Latihan Wanita KEADILAN Pusat, Sangetha Jayakumar, bagi menjayakan misi itu, wanita telah pun merangka strategi dan melatih jentera pilihanraya wanita sebagai persiapan awal dalam sesi 'brainstorming' bertempat di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang, 2 Jun lalu.


"Latihan Run-2-Win Pilihan Raya Wanita Pulau Pinang telah dijalankan dengan jayanya oleh Biro Latihan dan Biro Pilihan Raya Wanita Pusat di Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.


"Latihan ini diadakan dengan kerjasama Ketua Wanita Negeri Pulau Pinang, Nurhidayah Che Rose serta Majlis Pimpinan Wanita Negeri Pulau Pinang.


"Latihan intensif selama satu hari bertujuan memperhalusi Strategi Gerak Kerja Kempen Wanita dan memberi tumpuan dari fasa analisa dan perancangan kempen sehinggalah ke fasa gerak kerja pada hari kempen," katanya dalam kenyataan.


Sesi percambahan minda bagi merangka strategi yang sesuai di Sg Bakap

Menurut Sangetha, sesi latihan yang sangat padat itu merangkumi kemahiran menggunakan aplikasi pilihanraya terkini, strategi kempen "get-out-the-vote" (GOTV) serta kaedah kempen strategik.


Katanya, taklimat data dan analisis serta strategi yang dibincangkan secara teliti itu amat penting bagi memastikan kempen yang digerakkan jentera pilihanraya wanita dapat dilaksanakan secara efektif dan mampu memenangi kerusi DUN Sungai Bakap.


"Dalam sesi strategi, Pengarah Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Pulau Pinang, Rezal Huzairi memberikan analisis dan keadaan semasa di DUN Sungai Bakap.


"Turut terlibat dalam sesi latihan ini adalah Goh Choon Aik, ADUN Bukit Tambun yang juga merupakan Naib Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang.


"Wanita KEADILAN tekad sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran di medan kempen. Latihan yang telah dihadiri oleh semua bahagian KEADILAN di Pulau Pinang menunjukkan komitmen penuh dalam memperkukuhkan jentera pilihanraya wanita," katanya.


Tambah beliau, pihak Biro Latihan dan Biro Pilihan Raya Wanita Pusat menghargai komitmen yang ditunjukkan para peserta latihan juga kepimpinan Wanita yang sanggup meluangkan masa menghadiri latihan sehari itu, walaupun program berkenaan dianjurkan semasa cuti panjang hujung minggu.


"Wanita KEADILAN yakin dengan latihan yang tersusun dan gerak kerja awal ini akan membolehkan jentera pilihanraya wanita membantu sesiapa sahaja calon yang diputuskan pucuk pimpinan parti untuk merampas kembali kerusi DUN Sungai Bakap," katanya lagi.


Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Wanita Pusat, Fadhlina Sidek yang merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal. Turut serta ialah Pengarah Pilihan Raya Wanita Pusat, Juwairiya Zulkifli; Ketua Penerangan Wanita Pusat, Puan Noraini Nordin; dan wakil Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Negeri Selangor yang berkongsi formula kejayaan dalam PRK Kuala Kubu Baharu awal Mei lalu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page