top of page

PRK Sungai Bakap: Guna media sosial dekati pengundi - AMK P Pinang



Oleh: Abdullah Zaid


Sokongan pengundi terutama Atas Pagar amat penting dalam menentukan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap


Menurut Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf, kaedah yang dirasakan terbaik untuk menyampaikan mesej kepada pengundi di DUN yang kebanyakannya sub bandar adalah melalui kempen media sosial.


Pendekatan itu, katanya, dilihat lebih berkesan seiring dengan teknologi terkini seperti aplikasi Instagram, Facebook dan Tiktok bagi pengundi terutamanya anak muda.


"Untuk persiapan sekarang, Biro Penerangan dan Biro Media AMK Pulau Pinang akan bekerjasama. Kita telahpun melantik beberapa di kalangan AMK Pulau Pinang dalam memberi penerangan melalui aplikasi media sosial seperti Tiktok, Instagram Reels dan Facebook.


"Ia bagi menarik lebih ramai pengundi terutamanya pengundi muda yang lebih gemar dengan cara berkempen di media sosial yang banyak menggunakan kaedah grafik dan klip video pendek dalam usaha untuk menarik hati pengundi," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Beliau berkata demikian mengulas peranan AMK dalam misi memenangi PRK tersebut dan merampas Sungai Bakap daripada PN.


Jelasnya, bagi memastikan kebolehmenangan yang selesa, kempen dari rumah ke rumah tetap terus dilakukan menerusi kerjasama dengan pemuda dalam komponen parti Kerajaan Perpaduan.


"Kita sedang merancang dan meneliti bentuk program yang sesuai dengan Pemuda UMNO dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan bagi mendekati pengundi muda.


"Tumpuan yang dibuat banyak difokuskan di kawasan kelabu (pengundi Atas Pagar) supaya mereka dapat mengenali calon dan cakna tentang manifesto yang hendak dibawa oleh calon Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Perpaduan," ujarnya lagi.


PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal ditetapkan pada 2 Julai.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page