top of page

PRK Sungai Bakap: Beri peluang calon PH, rampas kerusi DUN



Oleh: Abdullah Zaid


Calon Perpaduan Dr Joohari Ariffin (calon nombor satu) menyeru para pengundi DUN Sungai Bakap memberi mandat kepadanya bagi menerajui kawasan tersebut dalam Pilihan raya kecil (PRK) kali ini.


Dalam ucapan sulungnya memulakan kempen, kemenangan Pakatan Harapan (PH) amat penting bagi memastikan blok Perpaduan bangkit di kawasan utara dan membantu pembangunan di kawasan Melayu di Seberang Perai Selatan.


"Pangkah calon nombor satu, bantulah saya supaya dengan bantuan ini saya dapat membantu semula kepada masyarakat Sungai Bakap.


"Apa yang lebih penting untuk pastikan kemenangan milik kita, teruskan bekerja keras. Kita tidak boleh terlalu selesa, mudah-mudahan kita beroleh kemenangan," katanya.


Pagi tadi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Bakap, Khairulnizam Hashimpada mengumumkan Dr Joohari atau lebih dikenali sebagai cikgu Joohari diangkat sebagai calon Perpaduan bagi merebut kerusi berkenaan.


Manakala, Pemangku Naib Yang Dipertua Pas Nibong Tebal, Abidin Ismail (calon dua) mewakili blok Perikatan Nasional bagi DUN Sungai Bakap.


Pimpinan Kerajaan Perpaduan dari pelbagai hirarki hadir memberi sokongan kepada calon Kerajaan Perpaduan pagi tadi, antaranya Ketua Penerangan KEADILAN Fahmi Fadzil, Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar, Ketua Wanita KEADILAN Fadhlina Sidek, Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing dan Hans Isaac.


Selain itu, antara pimpinan utama yang hadir adalah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Asyraf Wajdi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, Pengerusi DAP Pulau Pinang merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page