top of page

PRK Sg Bakap: Wanita P Pinang kempen rumah ke rumah tarik sokongan



Oleh: Abdullah Zaid


Jentera Wanita KEADILAN Pulau Pinang giat membantu calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap bagi meningkatkan jumlah undian calon Perpaduan.


Ketuanya, Nurhidayah Che Rose berkata, gerak kerja sayap parti itu telah dimulakan sebelum proses penamaan calon yang berlangsung pada 22 Jun lalu.


"Wanita KEADILAN Pulau Pinang sebenarnya telah memulakan gerak kerja sebelum proses penamaan calon lagi. Jadi sepanjang kempen ini berlangsung kita akan menggunakan kempen pintu ke pintu.


"Antara fokus jentera wanita adalah mengadakan pelbagai program termasuk ziarah dan ceramah kelompok bagi menarik undi seramai yang mungkin," katanya.


Jelasnya dalam misi wajib menang itu, sayap wanita giat melipat gandakan usaha melalui sistem culaan bagi melicinkan gerak kerja jentera di DUN berkenaan.


"Selain itu, kita dan Wanita UMNO juga turut mewujudkan satu platform di media sosial dengan memanggil pempengaruh untuk menarik sokongan pengundi," ujarnya.


PRK kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).


PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin (Cikgu Joohari) untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN itu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula 22 Julai hingga 11.59 malam pada 5 Julai dengan pengundian awal pada 2 Julai dan 6 Julai pengundian biasa.


PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page