top of page

PRK Sg Bakap: Resepi ‘PADU’ sentuhan Cikgu Joohari dekati pengundi



Oleh: Abdullah Zaid


EKSKLUSIF: Menawarkan politik khidmat bakti serta memperjelas visi dan misi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap antara fokus utama yang dibawa calon Perpaduan, Dr Joohari Ariffin.


Mesra dipanggil Cikgu Joohari, anak jati Sungai Bakap itu menggariskan empat visi sebagai usaha meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat setempat selain menumpukan pembangunan sahsiah belia dan penyediaan infrastruktur kepada masyarakat Sungai Bakap.


Bagi merealiasikan hasrat itu, Cikgu Joohari menetapkan ‘PADU’ sebagai akronim sebagai pendekatan beliau mendekati pengundi di DUN berkenaan.


"PADU diambil daripada perkataan perpaduan. Jadi saya merujuk P ialah prasana, ia melibatkan infrastruktur bekalan air dan jalan raya yang sering kali menjadi masalah kepada penduduk Sungai Bakap.


"Manakala, A pula membawa erti akhlak, perkara ini merujuk kepada pembentukan sahsiah anak muda yang perlu diisi dengan program-program belia dan pendedahan ilmu bagi membentuk jati diri belia yang progresif. Sebagai seorang guru, pendekatan ini dekat dalam diri saya," katanya dalam temubual bersama Suara Keadilan.


D pula, kata Joohari, pula membawa makna damai yang disifatkannya perlu diketengahkan dalam khidmat beliau kepada masyarakat memandangkan sikap ketaksuban sering menjadi alat perpecahan sehingga menganggu keharmonian negara.


"U untuk semua. Saya sebagai seorang guru yang mengajar murid-murid daripada pelbagai kaum, melihat sendiri keunikan dan keindahan yang ada pada setiap kaum.


"Saya percaya, peranan semua kaum dalam membentuk Malaysia harmoni dan bersatu padu perlu diraikan, Insya-Allah (sekiranya dipilih) saya akan laksanakannya secara saksama," ujarnya lagi.


PRK kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).


Cikgu Joohari yang juga bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara ditugaskan untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN itu setelah beralih tangan ke Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.


Pada 2 Julai, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian awal manakala 6 Julai sebagai pengundian biasa.


PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page