top of page

PRK Sg Bakap: Pimpinan pusat hadir bantu Cikgu Joohari



Oleh: Abdullah Zaid


Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN Dr Sathia Prakash Nadarajan hadir membantu calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.


Dalam usaha membantu kemenangan itu, Cikgu Joohari menzahirkan penghargaan di atas kesudian Ketua Cabang Hulu Selangor tersebut membantu kempen pilihanraya yang sedang rancak ketika ini.


"Saya bersama Dr Sathia Prakasah Nadarajan ke Sungai Buaya untuk menyantuni dan mendengar suara pengundi-pengundi di Sungai Bakap. Alhamdulillah, sangat mesra orang Sungai Buaya, terima kasih semua," kata beliau dalam satu hantaran di Facebooknya.


PRK kerusi DUN Sungai Bakap menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Kerajaan Perpaduan daripada Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).


PRK DUN Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.


Kawasan yang terletak di bawah Parlimen Nibong Tebal itu dimenangi KEADILAN sejak 2008 sebelum beralih tangan ke Pas pada PRN 2023.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page