top of page

PRK Sg Bakap: ‘Pilih parti berkhidmat, bukan parti fitnah adu domba’



Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap dinasihatkan agar memilih parti yang terbukti menawarkan khidmat bakti kepada rakyat, bukannya yang mengamalkan politik fitnah.


Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Abshar Nurasyraf berkata, dakwaan ADUN Pas sebelum ini menuduh Perdana Menteri sebagai anak angkat Amerika Syarikat (AS) adalah jelas membuktikan blok pembangkang ketandusan idea ketika berkempen pilihanraya.


Katanya, tidak seharusnya pengundi termakan tohmahan apatah lagi memberikan undi kepada parti yang pemimpinnya sering melaungkan tuduhan tanpa bukti memburuk burukkan lawan politik.

Abshar Nurasyraf

"Tuduhan Ustaz Zamri itu berat dan semberono. Bagaimana sosok yang dikatakan sebagai ustaz mahupun alim ulama tetapi dengan beraninya melemparkan tuduhan sebegitu rupa.


"Apapun saya ingatkan kepada pengundi, kita jangan sekali-kali lari dari memilih parti yang berteraskan politik khidmat. Bukan politik berasaskan fitnah, adu domba yang dimainkan oleh pihak pembangkang," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Terdahulu, ADUN Sungai Burung, Mohd Zamri Mohd Zainuldin mentohmah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai anak angkat AS selain menuduh Ahli Parlimen Tambun itu mengikut tunjuk ajar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam mengurus ekonomi negara.


Susulan itu, Perdana Menteri, semalam, menegur ADUN terbabit yang melemparkan fitnah terhadapnya.


Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa dirinya bukan anak angkat AS mahupun mengikut telunjuk IMF seperti yang difitnah.


Mengulas lanjut, Abshar menyeru para pengundi Sungai Bakap memilih calon Perpaduan Dr Joohari Ariffin yang diyakini boleh membawa politik nilai berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang latihan kepimpinan dan pentadbiran.


"Pengundi jangan silap memilih kerana inilah satu-satunya jambatan yang ada kepada pengundi untuk mereka memilih Dr Joohari yang boleh berkhidmat di negeri Kerajaan Perpaduan dan menjadi penghubung dasar, keperluan dan keutamaan rakyat lokal agar tercapai hasrat dan keperluan mereka.


"Saya yakin dengan pengalaman luas beliau sebagai seorang guru mampu meningkatkan infrastrukur dan taraf hidup masyarakat berbanding sebelum ini," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page