top of page

PRK Sg Bakap: Pilih calon sealiran kerajaan, beri manfaat kepada rakyat



Oleh: Abdullah Zaid


Pengundi di Piihan Raya Kecil DUN Sungai Bakap dinasihatkan memilih calon Kerajaan Perpaduan kerana mereka seharusnya mendapat pembangunan yang dinanti nantikan setelah tiga penggal menyokong KEADILAN sejak 2008 lalu.


Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, pelbagai projek boleh dilakukan sekiranya calon sealiran dengan kerajaan pusat dan negeri menang dalam PRK itu.


"PRK DUN Sungai Bakap memberi peluang kepada pengundi membuat pilihan yang tepat memilih calon Pakatan Harapan kerana banyak manfaat pembangunan ekonomi dapat dirasai.


"Ia kerana proses pembangunan lebih mudah sekiranya wakil rakyat selari dengan Kerajaan Negeri dan kerajaan pusat," katanya kepada Suara Keadilan.


Selain itu, menyentuh isu subsidi diesel yang akan digunakan sebagai senjata ampuh dalam kempen Pas-PN beliau berkata penjelasan berhubung penyasaran subsidi itu perlu menjadi fokus utama jentera dalam PRK DUN berkenaan.


Katanya, salah faham rakyat kononnya subsidi ditarik akan menjadi masalah jika tidak dijelaskan bahawa subsidi tetap diberi secara bersasar. 


"Penerangan perlu diberikan di peringkat bawah supaya rakyat faham kebaikan dan tujuan penyasaran subsidi ini.


"Ianya bukan sahaja mahu membanteras penyeludupan tetapi memberi peruntukan lebih kepada projek pembangunan awam termasuk hospital dan sekolah," ujarnya lagi.


PH mempertaruhkan mantan pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin, (calon satu) bagi merampas kembali kerusi tradisi KEADILAN yang kecundang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page