top of page

PRK Sg Bakap: Perlukah nama besar diturunkan sebagai calon?



Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap semakin mencuri tumpuan pemerhati politik dan rakyat Malaysia sejak kerusi itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff dari Pas pada 24 Mei lalu.


Dalam seminggu ini, media massa arus perdana mula melaporkan calon calon yang dijangka bakal menggalas misi 'mesti menang' Pakatan Harapan dan Kerajaan Perpaduan di kerusi tersebut.


Tumpuan diberikan kepada Ketua Wanita KEADILAN Pulau Pinang, Nurhidayah Che Rose berikutan kerusi tersebut merupakan kuota Wanita KEADILAN. Apatah lagi beliau hanya tewas tipis kira kira 1,500 undi dalam Pilihan Raya Negeri pada Ogos 2023 lalu.


Bagaimanapun bagi aktivis politik, Yuslaini Azmi, nama Naib Presiden KEADILAN Nurul Izzah Anwar juga banyak dibicarakan sebagai calon yang boleh dicuba sementelah beliau merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pulau Pinang.


Menurut Yuslani, meletakkan Nurul boleh memberi isyarat kepada kebangkitan PH di kawasan Melayu sekiranya menang.


"Pada saya meletakkan Nurul Izzah sebagai calon di Sungai Bakap sangatlah wajar kerana ia memberi signal jelas PH-BN diterima rakyat," katanya dalam kenyataan.


Namun, jelasnya muka baharu juga boleh dicuba sebagai calon. Tetapi sekiranya mahu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan hari ini maka nama besar dalam KEADILAN perlu dipertaruhkan.


Tambah Yuslani, sekiranya Nurul Izzah memenangi pertempuran sengit di DUN Sungai Bakap maka beliau akan kembali dikagumi setelah kehilangan kerusi Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 2022 lalu.


Kemenangan itu juga, ujarnya, akan mengembalikan momentum sokongan dalam kalangan pengundi di sebelah utara Semenanjung terhadap gabungan PH - BN.


"Pada pendapat saya ini adalah satu strategi bagi mengembalikan keyakinan pengundi terhadap Kerajaan Perpaduan hari ini dan bagaimana untuk menawan kerusi-kerusi Melayu di Pulau Pinang untuk Pilihan Raya Umum akan datang," katanya lagi.


Beliau yakin peranan penting wajar digalas oleh Puteri Reformasi itu. Malah, katanya, meletakkan Nurul mungkin akan menjadi masalah kepada calon lawan berikutan pengalaman politiknya di peringkat nasional yang dilihat mempunyai kelebihan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page