top of page

PRK Sg Bakap: Pengarah p'raya PH seru kempen secara berhemah



Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid menyeru agar semua pihak berkempen secara sihat pada Pilihan Raya Kecik (PRK) DUN Sungai Bakap.


Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan (PH) bagi PRK itu menggesa sebarang perbuatan khianat dan provokasi termasuk perbuatan merosakkan bahan kempen yang telah dipasang dihentikan.


"Kita tidak tuduh sesiapa tetapi tidaklah (ia datang) daripada pihak kita. Jadi kita minta hentikanlah (perbuatan itu) dan bertanding, berkempenlah secara profesional," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu merujuk laporan polis difailkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang yang mendakwa ada pihak cuba mensabotaj kempen jentera Perpaduan pada PRK itu dengan merosakkan gegantung dan bendera PH.


Ketuanya Muhammad Fadzli Roslan semalam mendakwa sebanyak 38 gegantung dan 53 bendera yang dipasang di sekitar kawasan Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini telah diturunkan pihak tidak bertanggungjawab malah ada di antaranya yang dibuang di dalam longkang.


PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff akibat keradangan dalam perut pada 24 Mei lalu,


PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin sebagai calon mereka, manakala Perikatan Nasional (PN) menamakan bekas eksekutif logistik Abidin Ismail sebagai calon mereka.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page