top of page

PRK Sg Bakap: Pemimpin DAP seru masyarakat India pilih calon Perpaduan



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer (gambar, kanan sekali) menyeru pengundi Sungai Bakap memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan memilih calon yang diketengahkan pada hari pengundian 6 Julai ini.


Bagi memastikan kemenangan tercapai, ADUN DAP itu berkata gerak kerja jentera akan diperkemaskan khususnya bagi masyarkat India untuk memenangkan Dr Joohari Ariffin.


"Kita bersama-sama pimpinan DAP akan turun tertumpu kepada pengundi India, kita akan menyampaikan maklumat mengenai dasar kerajaan selain membantu mereka melalui inisiatif-inisiatif yang telah diperkenalkan Kerajaan Pusat dan Negeri.


"Apa yang penting hasrat Perdana Menteri mahu menoktahkan miskin tegar jadi akan dibawa untuk menarik pengundi Sungai Bakap," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Mengulas lanjut, ketika ditanya mengenai isu perkauman yang mungkin dimainkan menjelang PRK ini, Rayer berkata, masyarakat India tidak terpengaruh kerana mereka lebih yakin dengan pentadbiran negeri yang dipacu Kerajaan Perpaduan.


"Bagi saya PRK Sungai Bakap tiada isu perkauman dapat dimainkan kerana masyarakat India lebih yakin dan terjamin di bawah Kerajaan Perpaduan berbanding pembangkang.


"Kalau dilihat semasa berkempen ramai masyarakat India turun memberi sokongan bukan sahaja jentera tetapi masyarakat sendiri turun untuk menzahirkan sokongan kepada calon kita," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page