top of page

PRK Sg Bakap: ‘Kita hantar ADUN Perpaduan ke DUN Pulau Pinang’ - Fadhlina



Oleh: Abdullah Zaid


Jentera KEADILAN diseru melipat gandakan usaha sepanjang tempoh 14 hari berkempen bagi memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap.


Menyifatkan sebagai misi wajib menang Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek berkata, kerja keras dalam kalangan jentera Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) penting untuk mencerahkan peluang merampas kembali kerusi tradisi milik KEADILAN yang ditawan Pas pada Pilihan Raya Negeri 2023 lalu.


"Saya menang di Nibong Tebal atas dokongan jentera yang kuat dan saya dihantar ke Putrajaya (sebagai Menteri Pendidikan).


"Oleh itu sebaiknya sahaja calon diumum, kita hantar seorang lagi wakil ADUN Perpaduan ke DUN Pulau Pinang dan ia mesti diterjemahkan dengan seluruh kekuatan yang kita ada," katanya pada majlis pengumuman calon Kerajaan Perpaduan di Taman Tasek Mutiara, DUN Sungai Bakap, malam tadi.


Jelas Ketua Wanita KEADILAN Pusat itu, sebagai tuan rumah di kawasan berkenaan beliau menyeru dilakukan kempen lapangan pintu ke pintu agar sokongan rakyat beralih kepada blok Perpaduan.


Beliau berharap PRK kali ini akan mengembalikan Sungai Bakap ke pangkuan KEADILAN selepas parti itu menang di situ dalam Pilihan Raya Umum 2008, 2013 dan 2018.


"Saya mohon kita bekerja keras untuk pastikan semua mesej dan dasar sampai kepada rakyat.


"Para jentera pastikan setiap rumah di Sungai Bakap ditebusi kerana mesej kita adalah pastikan kemenangan di DUN ini," ujarnya lagi.


Pakatan Harapan mengetengahkan mantan Pengarah Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin sebagai calon Perpaduan dalam PRK DUN Sungai Bakap.


Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dari Universiti Sains Malaysia itu dipilih sebulat suara oleh pimpinan Kerajaan Perpaduan.


Berpengalaman luas dalam bidang latihan kepimpinan serta pengurusan pentadbiran dalam pendidikan, Joohari dikenali sebahagian ibu bapa dan pelajar, guru serta penjawat awam di sekitar DUN Sungai Bakap.


Beliau sebelum ini turut berkhidmat sebagai Pengerusi Masjid Seri Empangan Parit Buntar, Perak dan aktif dalam kerja-kerja amal kemasyarakatan.


PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangmya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.


Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

0 comments

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page