top of page

PRK Sg Bakap: Kehadiran pemimpin UMNO bantu kempen suntik semangat

Updated: Jun 27



Oleh: Abdullah Zaid


EKSKLUSIF: Kehadiran pemimpin tinggi Kerajaan Perpaduan dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap membuktikan kesungguhan blok kerajaan untuk mengambil semula kerusi berkenaan.


Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin berkata, kedatangan pemimpin Perpaduan itu memberi peluang yang cerah untuk beliau menang pada 6 Julai nanti.


"Kerjasama blok Kerajaan Perpaduan terutama Barisan Nasional (BN) cukup menyakinkan saya apabila ramai pemimpin besar mereka datang membantu termasuk Tok Mat Hassan (Timbalan Presiden UMNO), Ahmad Maslan (Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO) dan Reezal Merican (MKT UMNO) yang datang membantu saya.


"Pesanan dan komitmen mereka membantu ini menunjukkan kerjasama utuh PH-BN," katanya dalam temubual eksklusif bersama Suara Keadilan.

Manakala ketika ditanya mengenai cabaran mendekati pengundi muda, Dr Joohari yang lebih mesra dipanggil Cikgu Joohari berkata, pengalaman sebagai guru memberi kelebihan kerana ramai anak didik beliau adalah pengundi di Sungai Bakap.


PRK DUN Sungai Bakap diadakan selepas penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei meninggal dunia kerana mengalami keradangan dalam perut.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Julai ini bagi tarikh mengundi awal dan 6 Julai sebagai hari mengundi.


Seramai 39,279 pengundi berdaftar layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu yang terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page