top of page

PRK Sg Bakap: KEADILAN Kedah kerah jentera dekati anak muda



Oleh: Abdullah Zaid


KEADILAN Kedah akan menggerakan jentera dari negeri itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap.


Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari berkata mesyuarat di antara kepimpinan dalam Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN negeri telah membincangkan pengkhususan gerak kerja bagi membantu calon yang akan bertanding dalam PRK kali ini.


"MPN Kedah telah membincangkan penyelarasan kerja dan kami dipertanggungjawab untuk menjaga Sungai Duri yang mana majoriti pengundi di sana adalah pengundi Melayu," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Jelas beliau, tumpuan utama ketika ini adalah meningkatkan sokongan pengundi Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kebolehmenangan selesa buat blok Perpaduan.


"Kami juga difahamkan akan bekerjasama dengan UMNO Kelapa Batas. Jadi kebersamaan ini penting bagi menarik lebih ramai lagi pengundi Melayu untuk menyokong Kerajaan Perpaduan


"Justeru, KEADILAN Kedah akan berusaha sungguh dengan pengalaman yang ada untuk menarik seramai mungkin pengundi untuk memilih Kerajaan Madani," ujarnya lagi.


Sebelum ini, blok Perpaduan bersepakat untuk memutuskan calon daripada KEADILAN akan bertanding mewakili gabungan dalam PRK kali ini.


PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandangmya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas kerana mengalami keradangan dalam perut.


Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page