top of page

PRK Sg Bakap: 'Kalau PN mahu suara pembangkang, 10 ADUN cukup'



Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap diseru untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin kerana hal itu akan mengukuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang.


Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, jika PN mahu menyuarakan bangkangan di sidang DUN maka 10 ADUN mereka sudah cukup untuk menyuarakan sebarang isu berbangkit.


"Pulau Pinang ada 40 kerusi. Sebelum kosong Sungai Bakap PN ada 11, Kerajaan Perpaduan ada 29.


"Jadi kita nak isi kerusi Sungai Bakap dengan calon kita (PH) cikgu Joohari Ariffin.


"Mudah mudahan 6 Jun nanti Sungai Bakap akan diumumkan wakil rakyat dari Kerajaan Perpaduan.


"Kalau PN nak jadi pembangkang, boleh. 10 suara itu dah boleh bangkang dalam dewan DUN," katanya dalam ceramah di JDM Sungai Duri malam tadi.


Katanya, tiada guna pengundi menghantar seorang lagi wakil pembangkang kerana kesannya sama.


Lebih baik, ujar Saifuddin, pengundi menghantar wakil kerajaan kerana lebih mudah untuk membangunkan Sungai Bakap.


Tambah Menteri Dalam Negeri itu lagi, pada Pilihan Raya Negeri Ogos 2023 lalu rakyat terpengaruh dengan propaganda bahawa tumbangnya Kerajaan Perpaduan Pulau Pinang maka akan ikut jatuh kerajaan di peringkat pusat dan Perdana Menteri akan diganti.


Namun hal itu tidak berlaku pada PRK Sungai Bakap.


"Tahun lepas kita dah buat pilihanraya 6 negeri. Waktu itu PN kata menang 6 negeri Kerajaan Persekutuan jatuh, PM bukan lagi Anwar Ibrahim.


"Bukan sikit kalangan rakyat terpengaruh. Sekarang tak bunyi menang Sungai Bakap Kerajaan Persekutuan bertukar.


"Jadi kalau nak pilih wakil rakyat (di Sungai Bakap) biarlah yang diletak oleh kerajaan yang kuat," katanya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page